Saturday, October 22, 2011

How do you deal with compliments?


"Ali, baguslah kau. Hari Jumaat je mesti kau potong kuku. Ikut sunnah."
- hehehe takde lah, kebetulan je. Akuuu, nak ikut sunnah? Yang fardhu pun belum tentu cukup, apatah lagiiii—

"Untunglah kau, Siti. Anak- anak kau semuanya cerdik, takda lah kau susah nak pening kepala."
- Alahai, anak anak je yang cerdik. Aku ni sendiri, dengan laki aku, jahil tak nak kalah. Belajar sampai darjah 6 je.

"Cantiknya muka kau. Boleh berlakon dalam iklan, serious."
- What the. Cantik kau kata? Nak pandang cermin pun aku fikir dua tiga kali weh.

-----------

Mengutuk diri sendiri tak menjadikan kau nampak macam ciri ciri mendapat kemanisan iman pun. Tak jadi wali Allah pun kalau buat camtu. Kan? Jadi rasa rasanya apa yang patut kau buat kalau kena puji? 

Jap cuba bayangkan. 

Ada orang kata kau pandai. Ataupun ada orang kata kau bagus sebab nampak yakin bila kau bercakap. Atau, pun, orang cakap dia tak pernah langsung nampak kau tak siap homework. Macam mana nak respon.


1. Well, you know moi.
2. Haih baru tau ke?
3. Kalau nak berjaya memang la kena bersikap macam aku.
4. Alah bisa tegal biasa.

ke? atau pun

1. Hehehheehe (tak tau nak cakap apa pastu tukar topik cakap "hari ni panasnya lain macam ye")
2. Um? (pura pura pekak)
3. Kutuk diri sendiri macam dekat atas.

Aku rasa kesemua tu tak bagus. Dan memuji orang pun, kadang kadang bagus tapi kadang kadang dalam keadaan tertentu boleh jadi menyusahkan orang.

Aku pernah dengar orang yang bila kena puji dia cakap "Alhamdulillah." 

Segala puji bagi Allah. Aku rasa, tu lah sebaik baiknya, dan ditambah dengan terima kasih.


Lagi satu benda, kita sebagai orang Islam tau kan, siapa muhrim dan siapa bukan muhrim? Siapa yang kita boleh salam, siapa yang tak boleh. Kecuali kau jahil atau kau buat buat tak tau atau kau buat hukum sendiri. 

Sebenarnya macam mana nak elak dari salam orang yang bukan muhrim, lagi lagi kalau dia dah hulur tangan? 

1. Ada "pendapat" cakap kita perlu tolak, selagi tak menjatuhkan air muka orang tu. Sebab menjatuhkan air muka/ memalukan seorang Muslim yang lain pun satu dosa besar. Habis tu?

2. Tapi lagi baik kalau sebelum dia hulur tangan, kita sendiri sediakan zon selamat. 
  • Jauhkan jarak sikit supaya tangan dia tak sampai kalau nak hulur pun
  • Pegang sesuatu supaya dia nampak yang tangan kau penuh dan batalkan niat utk salam kau
  • Masa mula mula nak greet tu, habiskan dengan ritual sopan yang lain seperti tunduk, senyum dan undurkan diri
  • Buat tangan mcm ni pun boleh jadi signal yang kau tak bersalam


Pandai pandai buat. Hendak ehem ehem, tak hendak ehem ehem.

Akhir sekali, kita sendiri, sesiapa pun, janganlah offer nak salam orang yang tak sepatutnya.
Nak share dosa eh?


4 COMMENTS:

Adsha Amin. said...

This should be printed and put up in schools. And in public places.

Anonymous said...

nicely done.
tapi dalam bab memuji,
pemuji tu sendiri harus elakkan drpd memuji berlebih-lebihan.
sebab boleh mendatangkan riak pada yg dipuji.
tp of course,saying alhamdulillah is the best thing to do kalau kena puji.
so,berpada-padalah dalam segala hal.
peace~
:)

-az

Ajlaa said...

selama ni aku teragak-agak psl yg bersalaman dgn bkn muhrim tu. now i know. ;)thank you

Anonymous said...

jaga batas sampai mati keyh...respect!