Saturday, December 25, 2010

Kenyang Perut Senang Hati






Hajah Faridah Hanum main poker.






eh tu tak payah nak hidung kembang.






Ya, tu tomyam. Sila makan di restoran tepi tasik Shah Alam. Sedap.

Thursday, December 23, 2010

Mulut Busuk.

Muka ayu. Bukak mulut ha ambik kau bau bangkai. Kalau ada orang nak rompak kau hembus sikit je dia dah pengsan. Lepas tu kau yang rompak dia.

Cara cara bagi mulut bau busuk.

1. Makan nugget. Lepas tu minum Milo yang dah sejuk. Pergi sekolah sembang dengan kawan. Semua tahan nafas.

2. Makan laksa lepas tu jangan makan chewing gum. Sedawa. Braak~ Alhamdulillah. Bau laksa. Hahah.

3. Duduk diam diam, jangan cakap apa apa. Jangan bukak mulut. Tak payah minum air, 5 jam. Nanti air liur kau basi.

4. Makan telur setengah masak. 2 biji pun dah cukup. Lepas tu makan buah betik.

5. Makan ikan sardin dalam tin campur bawang.

Ok dah cukup.

Thursday, December 16, 2010

Lamebook and Oprah and Biebian

Lamebook.com










Dah, aku penat nak copy paste. Best gilerz, pergi tengok sendiri dekat sini http://www.lamebook.com. Ni bukan buat reka sendiri macam cerita Puteri Gunung Ledang tu, ini betul betul punya.


Faces of The Last Season of Oprah









Sila ke http://facesofthelastseasonofoprah.tumblr.com/ dengan tergesa gesa.


Lesbians Who Look Like Justin Bieber





Hehe. http://lesbianswholooklikejustinbieber.tumblr.com/

Monday, December 13, 2010

Aku Memang

Aku memang suka kalau ada budak perempuan pakai baju tidur tak reti beratur potong barisan dekat 7 Eleven masa aku dah lambat nak pergi tusyen.

Aku memang suka kalau aku tengah keluarkan duit dekat mesin ATM lepas tu ada anak orang lain duduk tepi aku tengok aku tekan nombor PIN.

Aku memang suka kalau aku tengah basuh tangan dekat kedai makan tiba tiba anak beranak mana entah tak reti sabar letak tangan dekat air gilir gilir masa aku tengah sabun tangan aku.

Aku memang suka bila aku bukak lagu sebab aku nak dengar lagu tu tiba tiba ada suara lain sibuk nak ikut nyanyi sekali, lagi kuat dia nyanyi lagi aku memang suka.

Aku memang suka bila aku nak ambik duit dalam wallet aku cashier tu mengintip duit aku ada berapa dalam wallet.

Aku memang suka kalau aku tengah cakap dengan orang tiba tiba malaun lain datang tolong sambungkan cerita aku buat buat lebih tau.

Aku memang suka kalau aku kutuk orang dekat adik aku lepas tu adik aku terus pandang orang tu.